Saturday, April 11, 2009

~ANDAI CINTA HENDAK DIBERI~

"Kasih manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi. Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janjiNya pasti".

Itulah sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yg sering bermusim dan sayangnya yg tak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dlm memilih pasangan.

Andainya sikit drpd cinta itu hendak diberi pada seseorang yg boleh digelar suami, pilihlah seorang lelaki yang:


1-Kuat agamanya
Biar sibuk macamana, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yg kuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan Saidina Ali buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yg tinggi biarpun dia pemuda paling miskin.


2-Baik akhlaknya
Ketegasannya nyata tapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopan tutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada warga tua ketara.


3-Tegas mempertahankan maruah
Pernahkah dia menjengah ke tempat2 yang menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya sebagai seorang Islam.


4-Amanah
Jika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pula salah guna kuasa, lupakan saja si dia.


5-Tidak boros
Dia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.


6-Tidak liar matanya
Perhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yang lalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yang sesuai buat kamu.


7-Terbatas pergaulan
Sebagai lelaki dia tahu dia tak mudah jadi fitnah orang, tapi dia tak amalkan cara hidup bebas.


8-Rakan pergaulannya.
Rakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya.


9-Bertanggungjawab
Rasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkan dirinya utk parents dan ahli familynya. Jika parentsnya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tak bertanggungjawab


10-Tenang wajah.
Apa yg tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pd air muka. Wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya...



4 comments:

Fadzrul Hisyam said...

Aisey, pakej aku 9/10 ajer...hahaha aku x lulus pakej 6...wakaka...

p/s: aku cukup pon sumer neh...hahaha cumer x layak pakej 11...nafkah...lalala~~~

hafizah said...

haha..
mmg ssh nk cr yg no 6 nih..
nafkah?
haha

AYUL said...

hmm..bgus ni.leh mngubh dri ku ini yg agk xsmpurna..ops...nobody perfect..in inrelation..u must accept each other..but...religion n family come first..segatal mne pon someone 2...klo dia jenis yg setia...xpe kn??btolx kuchai??er..kuchai xde kat sni ke/??hehee

hafizah said...

hahahaha...
byak la ko..
kalo dh nme ny gtal..
ssh nk jupe yg stia..
last2 ppuan gak yg jd cm org bdoh duk tgu laki yg gatal gtu..
huhuhu